Tuesday, March 23, 2010

Kekeliruan antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock

Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.


Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.



Qubbat As-Sakhrah bukanlah sebuah masjid sebaliknya ialah sebuah kompleks yang terdapatnya sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad s.a.w. berdiri ketika peristiwa Israk Mikraj. (InsyaAllah Saffa akan menulis tentang batu besar tersebut esok)


Perlu diingatkan bahawa bukan sahaja Masjid Al-Aqsa yang suci kepada umat Islam tetapi Qubbat As-Sakhrah dan kawasan sekitarnya juga adalah suci kerana ia terdapat di dalam Al Haram Al Sharif. Keseluruhan kawasan Al Haram Al Sharif ini ialah Masjidil Aqsa dan bukannya Masjid Al-Aqsa sahaja kerana bangunan Masjid Al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.


Masjid Al-Aqsa hanyalah mengambil sempena nama Masjidil Aqsa di dalam Al Quran.


Orang Yahudi mendakwa A-Haram al-Syarif di bina dia atas tapak yang dikenali sebagai Temple Mount.Mereka menganggap tempat tersebut paling suci, dan percaya disitulah pernah terdirinya Temple of Jerusalem. Sebab itu mereka mengorek dan membuat kajian arkeologi di bahagian dasar masjid itu.


Usaha ini ditentang oleh orang Islam kerana merosakkan struktur Masjid, malah orang Islam juga turut menyangkal dakwaan orang Yahudi bahawa tapak itu menempatkan Temple Mount.Tidak ada sebarang bukti sejarah mengatakan bahawa Masjidil Al-Aqsa dibina di atas sebarang runtuhan bangunan.


Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam


Agenda Israel menghapuskan Masjidil Aqsa


Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:


Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.


Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka.


Dah kenal ‘Masjid Al-Aqsa’ kan?


Kesimpulannya, Qubbat As-Sakhrah merupakan seni binaan agung Islam yang pertama dibina diantara tahun 687 masihi sehingga tahun 691 masihi oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan, khalifah kerajaan Ummaiyyah. Ia dibina setengah kurun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w..


Pelbagai masalah dan cabaran dihadapi bagi mempertahankan dan mengekalkan dan mengelakkan bangunan ini daripada musnah.Sejarah Qubbat Al-Sakhrah boleh difokuskan kepada empat zaman secara keseluruhannya iaitu Zaman Islam, Zaman Perang Salib, Zaman Mandat British dan Zaman Pendudukan Israel.


Sebenarnyakan.. jika kita teliti betul-betul, ada banyak lagi sejarah tentang masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya. Pening kepala Saffa membaca semua fakta-fakta yang mungkin betul dan mungkin salah. Saffa amat berharap sangat-sangat ada inisiatif dari mana-mana pihak untuk merungkai segala-galanya.. Biar kita betul-betul kenal tempat tersebut!


Secara ringkasnya, kedua-duanya milik kita… itulah Masjidil Al-Aqsa! Kawasan tersebut di kawal dengan ketat. Ada yang kata orang bukan Islam di larang menjejakkan kaki di sana. Ada yang kata hanya orang berumur 40 tahun ke atas di benarkan solat di situ.


Sumber
http://harry.sufehmi.com/archives/2007-02-19-1419/
http://che-nor.blogspot.com/2009/03/kekeliruan-antara-masjid-al-aqsa-dan.html
http://www.lintasberita.com/Dunia/Berita-Dunia/Kekeliruan_antara_Masjid_Al-Aqsa_dan_Dome_of_The_Rock
Blogged with the Flock Browser

3 comments:

  1. oh iya wed, aku juga pernah dener tentang ini, waktu itu ak malah dapt gambar batu nya yang melayang itu, katanya foto itu diselundupkan dengan ketat...hmmmmm

    ReplyDelete
  2. Wheda Asmara PutraMarch 24, 2010 at 7:39 AM

    yup makasih udah liat blogku..
    blog ini hanya bwt fun2 aja...

    ya itulah kejahatan israel ama barat yang ingin menghancurkan umat islam...

    ReplyDelete

No Sara No Anarki....
klik Select Profile ( pilih name/URL dan isilah namamu selengkapmu gan..)